Welcome to Gaia! ::

Malaysian Pride Guild (Inactive / Not active anymore)

Back to Guilds

Welcome! This guild is a place for the Malaysians of Gaia to get together and hang out. 

Tags: Country (Malaysia), Culture, Language, Entertainment, Variety 

Reply [ RANDOM CHATS ] _____________________ The heart of MPG ❀
Mende apa yang korang cukup nyampah dalam drama melayu? Goto Page: [] [<] 1 2 3 ... 4 5 [>] [»|]

Quick Reply

Enter both words below, separated by a space:

Can't read the text? Click here

Submit

Gold!
  (◕ ◡ ◕)
View Results

orang_melayu

Aged Noob

10,525 Points
  • Pie Feeder 50
  • Pie Enabler 100
  • Pie Hoarder by Proxy 150
PostPosted: Thu Nov 14, 2013 2:18 am
Saya tak suka CGI dia rofl  
PostPosted: Mon Nov 18, 2013 6:14 pm
orang_melayu
Saya tak suka CGI dia rofl

User Image CGI cane? Supertots? Dunia Eicak? Ke... SATRIA MEGA??? xDDD

Seriously, Koro jeles amat ngan Indonesia sebab diaorang ada BIMA SATRIA GARUDA huhuhu... collab dengan Jepun. GACKT pun jadi pelakon undangan. WARGHHHH!!! Dx Walaupun jalan citer dia tuh tah pape tapi sebab sampai GACKT pun berlakon sekali... warghhh!!! Koro tetap jeles (TAT)

Koro peratikan citer melayu yang tema superhero memang hampes amat. Asal superhero jek kena lawak. Orang jahat pun jahat lawak+bodoh. Takde yang psiko giler cam Joker (TAT) Citer Satria Mega tuh Koro harap cambest rupanyaaa... *sedey*

Skang nih Koro just tengah menantikan kemunculan Adiwira Perkasa ke apatah nama dia. Projek indie satu studio animation nih yang otak-otak tokusatsu-otaku gak xD Tapi diaorang mungkin siar kat youtube jela sebab takde bajet nak terbitkan kat tv. And even if diaorang try jual kat tv pun, belum tentu ada yang berminat nak beli/siar huhuhu...
User Image
 

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100
PostPosted: Mon Nov 18, 2013 6:58 pm
User Image Mende ni Koko (Heil Kokoroyomi) yang share kat fesbuk. Koro amek copy paste kat sini sebab Koro sependapat gegiler dengan beliau (penulis asal) xD

-------------------

Sedikit Nota Tentang Siri Seperti "Love You Mr. Arrogant" & "Playboy Itu Suami Aku" dan Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.

@armyzonovic
http://www.facebook.com/mizanhashri

User Image - Blocked by "Display Image" Settings. Click to show. User Image
 
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 4:34 am
User Image

Kannn...org Melayu ni suka bab2 cinta dan emosi..bila bab2 lain ada payah ckit.. xp Sebab tu Tena suka tengok drama Jepun..mcm2 plot..tapi hampir kesemua nya bercirikan usaha tangga kejayaan..menggalakkan org supaya tak berputus asa dlm hidup, usaha nak dptkan kejayaan dlm karier, kisah penyiasatan yg membuat kita berfikir sama2..

Bukan nak malukan bangsa sendiri, tapi itulah kenyataannya.. rolleyes
 

tena_79
Vice Captain

Fashionable Explorer

12,800 Points
  • Signature Look 250
  • Citizen 200
  • Hygienic 200

tena_79
Vice Captain

Fashionable Explorer

12,800 Points
  • Signature Look 250
  • Citizen 200
  • Hygienic 200
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 4:40 am
koromyst
User Image Idea menarik gak! Sama ada kena cari novel camtuh untuk wat adaptasi (cam drama-drama skang nih huhuhu...) or Tena tulis sendiri novel/skrip drama and hantar kat syarikat produksi drama tuh xP

Question! Mustapha Kamal tuh pernah dak berlakon jadi orang kampung biasa? (O_o) Tengok asyik jadi dato/tan sri kaya jek. At least Jalaluddin Hassan pernah sampai jadi pemandu teksi, tok haji ngan nelayan xD

Pastu drama Mr.Arrogant hari tuh Koro tak folo sangat pun tapi rasanyer heroin utama pegang watak pompuan bertudung kan? Ada sekali tuh tertengok eppy yang kawan hasben dia datang umah, dia selamba jek tak bertudung (o_O) Ni salah faham konsep tutup aurat nih xD Even dalam umah sendiri kalau ada yang bukan muhrim, kena gak berpakaian tutup aurat huhuhu... Tu belum babak dia kena kidnap ngan mamat psiko tuh. Koro tak tau apa terjadi pas dengar bunyi tembak tuh sebab malas nak tengok pun xP User Image


User Image

Hahaha..nak tulis skrip sendiri tu pun ntah diorg terima ke tak..sebab plot tak menarik dan org ramai mesti tak brapa suka sebab byk sgt cabaran utk lelaki tu.. xd

Tak pernah tengok Mustapha Kamal pegang watak selain dari org kaya.. xd setakat yg Tena tengok la sebab tak ikut drama2 Melayu ni..mak Tena je yg minat nak tengok..

Love you Mr Arrogant tu pun Tena tengok ep 1 dan ep 26 je haha..malas nak tengok drama penuh..yup heroin tu bertudung..pasal tu Tena tak pasti sgt sbb tengok 2 ep jek haha..yg Tena tau last ep tu yg lelaki yg kidnap dia kena tembak kat tangan oleh pihak polis then kena tangkap..

Tena tengok ckit pun sebab ramai yg minat gila tengok drama tu sampai dlm HotFM pun diorg rancak bercerita pasal drama tu, siap ada buat top 5 skrip hero nak pikat heroin dia lagi xd

Drama terbaru ni pulak "Playboy itu suamiku" lebih kurg la title dia..lebih kurg sama gak plot..maybe kena paksa kawen atau kawen paksa rela..then ada org menghalang/ buat fitnah..last2 berlaku tragedi, ada yg menyesal..then berakhir dgn hidup bahagia aman damai selamanya.. rofl cam cita kartun Disney jek asyik happily ever after hahaha emotion_awesome
 
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 5:30 am
User Image Haha Koro rasa kalau adaptasi pun rasanyer diaorang akan ikut jalan citer korea xP User Image
 

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100

tena_79
Vice Captain

Fashionable Explorer

12,800 Points
  • Signature Look 250
  • Citizen 200
  • Hygienic 200
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 6:29 am
User Image

Tena rasa kalau nak tengok cita yg lain dari biasa cam movie KRU je yg best buat hehehe..
 
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 6:37 am
User Image Movie KRU wat? Cinta Kura-kura? Cicakman? Awas? Vikingdom? =D

Oh yer. Tadi tengah layan video-video Mat Luthfi. Pastu kebetulan terjumpa video lama dia pasal babak klise dalam drama melayu xD

"typical local film/drama scenes" - matluthfi90
http://www.youtube.com/watch?v=DIp2cy8DRgQ

(Koro memang layan videos dia xP) User Image
 

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100

tena_79
Vice Captain

Fashionable Explorer

12,800 Points
  • Signature Look 250
  • Citizen 200
  • Hygienic 200
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 7:05 am
koromyst
User Image Movie KRU wat? Cinta Kura-kura? Cicakman? Awas? Vikingdom? =D

Oh yer. Tadi tengah layan video-video Mat Luthfi. Pastu kebetulan terjumpa video lama dia pasal babak klise dalam drama melayu xD

"typical local film/drama scenes" - matluthfi90
http://www.youtube.com/watch?v=DIp2cy8DRgQ

(Koro memang layan videos dia xP) User Image


User Image

Tena suka Merong Mahawangsa xd Vikingdom blom tengok lagi..Cicakman ok jugak sebab lawak haha..

Tena terus subscribe YT yg Koro bagi link tu hehehe..best dia buat..kreatif emotion_awesome
 
PostPosted: Tue Nov 19, 2013 5:13 pm
tena_79
User Image

Tena suka Merong Mahawangsa xd Vikingdom blom tengok lagi..Cicakman ok jugak sebab lawak haha..

Tena terus subscribe YT yg Koro bagi link tu hehehe..best dia buat..kreatif emotion_awesome

User Image Dem! Terlupa langsung pasal Merong Mahawangsa xD Ehhh... Magika pun termasuk sekali kan antara movie karya KRU tuh? =P

--------
Hahaha yup yup. Dia memang vlogger yang cambest xD Koro start folo sejak 2 tahun lepas kot tak silap xD Serentak ngan Faradyable rasanya. Tapi Faradyable tuh lebih kepada babak alihsuara xP User Image
 

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100

tena_79
Vice Captain

Fashionable Explorer

12,800 Points
  • Signature Look 250
  • Citizen 200
  • Hygienic 200
PostPosted: Fri Nov 22, 2013 10:49 pm
User Image

Magika Tena tak tengok sangat, asal cita tu je kuar mesti la Tena bz buat keja lain haha xd

MatLuthfi tu ada menang shout award gak ye kerana vlog dia xd
 
PostPosted: Tue Dec 03, 2013 10:03 pm
User Image Hooo? Baguslah dia menang. Koro tumpang hepi xD

Hari tu berlaku lagi satu adegan klise dalam drama melayu xP Scene lari majuk-majuk pastu tak tengok jalan masa nak lintas dusyum kena langgar keta. Magiknyer cuma kepala jek berdarah. Hidung sumer tak patah langsung. Tangan tak terkehel semua tuh. Pastu seperti yang boleh dijangka... last-last jadi amnesia (hilang ingatan). User Image
 

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100

Lunar_Light_00

PostPosted: Tue Dec 03, 2013 10:21 pm
koromyst
User Image Hooo? Baguslah dia menang. Koro tumpang hepi xD

Hari tu berlaku lagi satu adegan klise dalam drama melayu xP Scene lari majuk-majuk pastu tak tengok jalan masa nak lintas dusyum kena langgar keta. Magiknyer cuma kepala jek berdarah. Hidung sumer tak patah langsung. Tangan tak terkehel semua tuh. Pastu seperti yang boleh dijangka... last-last jadi amnesia (hilang ingatan). User Image
Lepas hilang ingatan tetiba ada orang hasut dia sampai jadi jahat (plot twist haha)  
PostPosted: Wed Dec 04, 2013 9:52 pm
Lunar_Light_00

User Image Okay gak tuh. Baru dramatik sket xD

Lagi satu, tak berapa sker bila dipaparkan anak-anak datuk/tansri semua tuh cam gediks teramat (TAT) Realitinya, ada jek anak-anak golongan tuh yang leklek jek. Siap steady jek naik public transport xP User Image
 

koromyst
Vice Captain

Illuminated Star

19,900 Points
  • Pet Trainer 150
  • Hotblooded Hero 50
  • Senpai's Notice 100

tena_79
Vice Captain

Fashionable Explorer

12,800 Points
  • Signature Look 250
  • Citizen 200
  • Hygienic 200
PostPosted: Tue Dec 10, 2013 7:57 am
User Image

Selalunya kalau adaptasi dari novel byk fantasi dari realiti, yg tak logik pun ada..sebab semua tu dari fikiran kreatif seorang penulis..jadi byk la kisah anak2 org kaya yg gedik, ego, sombong dan berlagak.. xd
 
Reply
[ RANDOM CHATS ] _____________________ The heart of MPG ❀

Goto Page: [] [<] 1 2 3 ... 4 5 [>] [»|]
 
Manage Your Items
Other Stuff
Get GCash
Offers
Get Items
More Items
Where Everyone Hangs Out
Other Community Areas
Virtual Spaces
Fun Stuff
Gaia's Games
Mini-Games
Play with GCash
Play with Platinum